PROGRAM KOMUNITI – UM

16 April 2018 – Telah berlangsung program hari komuniti, satu program dari Universiti Malaya bersama komuniti Orang Asli. Program ini sempena dengan satu projek yang telah dijalankan bersama komuniti Orang Asli sebelum ini iaitu projek kompilasi cerita topeng Mah Meri dimana pihak berkenaan telah memilih 2 pencerita dari kalangan penduduk kampung iaitu En.Samri dan En.Kimi dan dibukukan oleh pihak UM untuk dijadikan buku cerita. Dalam majlis tersebut, Prof. Dr. Faridah Noor Binti Mohd Noor sebagai ketua projek telah menyerahkan buku cerita tersebut kepada pihak Sekolah Kebangasaan Sungai Bumbun dan juga Sekolah Kebangsaan Sungai Judah serta sumbangan 2 buah komputer riba kepada Tok Batin dan JKKKOA sebagai penghargaan diatas kerjasama yang diberi.

Posted Under