MAH MERI

Mah Meri

Mah Meri bermakna “ Orang Hutan ” sementara dalam istilah bahawa Mah meri disebut “ Bersisik “” Mereka juga dikenali sebagai orang laut kerana mereka tinggal berhampiran dengan laut dan bekerja sebgai nelayan.

Tidak ada bukti sejarah yang tepat tentang asal usul mereka, walau bagaimanapun mereka ini dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan johor ke pantai negeri Selangor kerana lari dari musuh.

Kini masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran , pembangunan, dan sosio ekonomi hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.

SOSIO BUDAYA

Pada keseluruhan masyarakat Mah Meri masih mengamalkan budaya dan adat resam serta pantang larang yang tersendiri .Mereka masih mengamalkan kepercayaan animism dimana objek di persekitaran mereka seperti pokok, pokok besar, batu dan sungai dipercayai mempunyai kuasa baik dan jahat. Kuasa ini dipanggil
“ Orang Halus”atau “moyang” . Bagi mereka hantu menggambarkan kejahatan.

SISTEM KEKELUARGAAN

Dalam Masyarakat Mah Meri ikatan perkahwinan merupakan satu perkara suci yang diberi perhatian sewajarnya. Dikalangan mereka perkahwinan berlaku dalam kelompok satu kaum diantara suku kaum dan luar suku kaum.

Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan biasanya mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak dan mereka jarang berpoligami.

PERKAHWINAN MAH MERI

PERMINANGAN

Dalam menentukan jodoh, masyarakat Mah Meri tidak mempunyai kriteria yang khusus untuk memastikan kesesuaian pasangannya selain daripada mendapat persetujuan pihak perempuan.

Dalam proses peminangan, pihak lelaki akan diwakili oleh “wali” pihak perempuan untuk memastikan anak gadia tersebut belum berpunya. Sebagai tanda persetujuan, pihak lelaki akan memberi sirih dan cincin perak sebagai tanda.kedua-dua belah pihak akan menetapkan hari dan tarikh yang sesuai bagi mengadakan majlis pertunangan.

PERTUNANGAN

Apabila masa yang ditetapkan rombongan pihak lelaki akan bertandang ke rumah pihak perempuan untuk melangsungkan pertunangan. Rombongan pertunangan akan diwakili oleh beberapa orang waris bersaksikan Batin, Jenang dan lain-lain jawatankuasa.Majlis pertunangan akan diserikan lagi dengan barang-barang hantaran dari pihak lelaki mengikut kemampuan termasuk cincin emas dan perak. Majlis pertunangan ini akan dilangsungkan dengan disaksikan oleh semua anggota masyarakat.Secara tidak langsung majlis pertunangan ini bertujuan untuk memaklumakan bahawa anak mereka telah ada yang punya .Para tetamu akan diberi jamuan mengikut kemampuan mereka.

PERKAHWINAN

Untuk menetapkan hari upacara perkahwinan atau pernikahan, mereka masih terikat dengan kepercayaan dan pantang larang . Belanja untuk majlis perkahwinan akan ditanggung oleh kedua-dua belah pihak mengikut kemampuan . Menjelang hari perkahwinan, masyarakat diminta membantu menyediakan persiapan dan membekalkan peralatan untuk membina bangsal dan sebagainya.

Sekiranya upacara perkahwinan yang dilangsungkan agak besar kerja memasak akan dibuat pada malam sebelumnya sambil dihiburkan dengan bunyi-bunyian muzik tradisional hingga pagi, sementara untuk majlis perkahwinan yang kecil pihak pengantin hanya member jamuan untuk keluarga terdekat sahaja.

Sehari sebelum upacara perkahwinan pihak lelaki akan datang menumpang dirumah jiran yang berhampiran dengan pengantin rumah perempuan.Apabila tiba upacara persandingan, pengantin lelaki akan diarak oleh saudara mara ke rumah pengantin perempuan.Pengantin perempuan akan turun untuk menyambut pengantin lelaki di pertengahan jalan.Mereka akan berjalan seiring dan terus duduk di pelamin.upacara seterusnya adalah mempersembahkan silat, berinai dan menepung tawar kepada kedua-dua mempelai.

Pada keesokan harinya ,kedua-dua mempelai akan dimandikan dengan air mawar sebanyak 7 tempayan untuk membuang sial.Kedua-duanya dimestikan mengasah gigi.Upacara terakhir perkahwinan dalam majlis perkahwinan Mahmeri ialah upacara “pengenalan” kepada wali penganttin kedua belah pihak dan seterusnya akad nikah. Pengantin akan diberitahu tentang tanggungjawab masing-masing terhadap kebahagian dan keharmonian rumah tangga merujuk kepada wali (pengantin perempuan akan merujuk pada wali pengantin lelaki dan pengantin lelaki akan merujuk kepada wali pengantin perempuan)

KELAHIRAN

Apabila kandungan ibu mencapai enam hingga tujuh bulan , pasangan suami isteri akan menempah seorang bidan pilihan mereka. Sebagai kata pengikat janji mereka akan membawa barang-barang seperti kain atau apa-apa sahaja barang yang termampu.Bidan tersebut akan mengurut dan memeriksa kandungan ibu.

Setelah bayi dilahirkan,bidan akan memotong tali pusat bayi tersebut sambil menyebut nama yang telah dipilih oleh keluarga tersebut sambil mendoakan bayi tersebut sentiasa berada didalam kebaikan dan kesejahteraan.

Kaum Mah Meri menggangap bahawa uri adalah saudara kembar kepada bayi berkenaan.Oleh itu mereka akan membersihakn dan menanam uri tersebut dengan sempurna didalam tanah kering , di belakang rumah dan selamat dari gangguan binatang.Mereka percaya jika uri itanam jauh dari rumah, bayi berkenaan akan merantau jauh apabila dewasa kelak.

Selepas 44 hari, si ibu bolehlah mengadakan upacara
“cuci lantai” .upacara ini adalah satu majlis “membuka pantang” dan ia boleh diadakan pada bila-bila masa bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Dalam upacara ini si ibu dan bidan akan “menepung tawar” antara satu sama lain untuk membersihkan diri dan membuang sial. Tok bomoh akan memainkan peranan untuk menjampi serapah.
Di pergelangan si ibu , bidan , bayi dan tok bomoh akan diikat dengan benang berwarna merah menandakan tamat pantang. Bidan akan diberikan upah berupa wang dan juga pengeras berupa barangan seperti pisau,jarum,benang dan gunting.

KEMATIAN

Jika berlaku kematian,anak yang tertua ( waris terdekat ) dalam keluarga tersebut akan berjumpa untuk memaklumkan pada Batin dan menyebarkan berita sedih itu kepada semua saudara mara dan kawan-kawan simati.

Sementara menunggu kedatangan saudara yang jauh,mayat akan diletakkan diletakkan ditempat yang lapang seperti di ruang tamu atau serambi. Sebagai tanda menghormati mayat tersebut, setiap yang menziarah akan membakar kemenyan dan berserapah serta mendoakan agar simati berada di dalam keadan baik.

Bagi mereka yang mempunyai kemampuan sumbangan wang akan diberi.Selagi mayat berada di dalam rumah, mereka tidak dibenarkan makan dan minum kecuali untuk roh si mati dimana satu hidangan diletakkan di tempat khas.

Pengkebumian akan diuruskan oleh batin dan bomoh.Mayat akan dikebumikan di dalam lubang sedalam dua meter.sebagai mengingati si mati, majlis pemujaan akan diadakan pada hari ketujuh,keempat puluh emapt dan keseratus hari. Harta peninggalan akan diserahkan kepada anak yang tertua dan dibahagi-bahagikan dikalangan keluarganya.