KEBUDAYAAN

TARIAN JOOH

Tarian Jooh merupakan tarian kebudayaan suku kaum Mahmeri yang menarik dan unik serta menjadi perhatian semua pihak terutama pelancong tempatan dan luar negara. Persembahan tarian topeng diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu dan merayakan majlis seperti Hari Moyang dan sebagainya. Kumpulan tarian ini terdiri dari penari pelbagai usia dan pemuzik tradisional seperti Tambo, Tuntung, Banjeng, Biola dan Gong dilengkapi dengan pakaian tradisi kulit kayu terap beserta pelbagai aksesori hiasan serta anyaman daun nipah.

PERAYAAN HARI MOYANG

Suku kaum Mah Meri mempunya perayaan  tersendiri dan berbeza bagi setiap kampung, kepercayaan dan upacara hampir sama bagi meraikan perayaan tersebut.

AYIK MOYANG LAUT

Masyarakat Mah Meri akan mengambil satu hari dalam setahun untuk mengadakan hari upacara khas untuk “moyang laut” . Upacara ini dibuat secara besar-besaran oleh penduduk kampung yang diketuai oleh bomoh. Mereka akan berarak dari kampung hingga ke laut dengan iringan paluan muzik tradisional. Dalam upacara ini juga persembahan makanan kepada moyang akan dilakukan. Mereka percaya upacara ini dijalankan untuk memohon restu moyang supaya mereka mendapat hasil tangkapan laut yang banyak dan juga memohon agar keselamatan dan kesejahteraan hidup.

AYIK MOYANG

Sambutan ini disambut sempena memperingati nenek moyang dan juga memohon kesejahteraan kepada penduduk dan tempat tinggal. Upacara ini diadakan pada sebelah pagi pada hari perayaan tersebut menadakan bermulanya hari moyang. Bagi Kampung Orang Asli Sungai Bumbun terdapat 3 buah rumah moyang sebagai tempat upacara tersebut iaitu Moyang Kateq, Moyang Gadeng dan Moyang Amai yang diketua ketua yang seseorang telah diamanahkan. Pada sambutan ini juga pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian jooh dari Kumpulan Kebudayaan Jo’oh dan topeng.