LAWATAN DELEGASI WORLD URBAN FORUM 9

Kampung Orang Asli Sungai Bumbun telah menerima kunjungan dari delegasi Forum Bandar Sedunia ke-9  pada 10 dan 11 Februari 2018 bertempat di Pusat Kraf Orang Asli Sungai Bumbun.

Lawatan yang mengambil masa lebih dari 6 jam ini bermula pada pukul 9.30 pagi telah dihadiri oleh 80 orang delegasi dari pelbagai negara.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah seperti persembahan kebudayaan tarian Jo’oh Mah Meri, demonstrasi perkahwinan, kraftangan kayu, anyaman dan juga jualan produk kraf Orang Asli. 

Selain itu, delegasi yang hadir diberi taklimat oleh wakil penduduk kampung dan juga pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli berkenaan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh agensi tersebut.

Lawatan ini secara tidak langsung telah berjaya mempromosikan kebudayaan dan kesenian  Orang Asli  melalui produk kraftanganyang telah dihasilkan.

 

Posted Under