GOTONG ROYONG AYIK MOYANG 2018

SG BUMBUN, 12 MAC 2018 –   Program Gotong Royong Ayik Moyang 2018 sempena sambutan Hari Moyang telah diadakan  pada 11 Mac 2018. Program anjuran JKKKOA Sg Bumbun ini telah disertai oleh hampir 100 orang belia dan penduduk kampung. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti membersihkan kawasan kampung, halaman rumah dan juga pemasangan pelita buluh sepanjang jalan kampung. Objektif khusus program ini dianjurkan adalah bertujuan menghangatkan sambutan hari moyang, disamping memupuk rasa cinta kepada kesenian dan kebudayaan yang ada.

Posted Under